Wednesday, June 16, 2010

Kamu Manusia

manusia..
pelbagai rupa, agama, dan perangainya,
asasnya tanah,
kadangkala tidak pula sedar dirinya itu serendah tanah,
lebih bangga menjadi penghuni dunia,
berbanding mengimpikan menjadi penghuni syurga,
malangnya dunia itu memandunya menjadi,
penghuni NERAKA..
manusia..
ada yang jujur,ada yang bermuka-muka,
yang jujur sentiasa merendahkan dirinya,
yang bermuka-muka sentiasa berbangga,
rendahnya seperti tanah,
bangganya seperti gunung api yang merekah,
sedarlah manusia,kita hanya hamba..
~hanya hamba ~ 3.46 a.m

No comments:

Post a Comment